BG

Sunday, 17 February 2013

Review : Hansel & Gretel - The Witch Hunters

BEST GILERRRRRRRRRRR
Haha pegi la tgk kat wayang. Kepuasan berbaloi2. Penuh aksi. Sound effect yang mantop habes. Daripada 5 bintang aku bagi seplo bintang teros! Lepas abes citer tu rasa cm nak download time2 tu jugak haha

TAPI AWAS!
Sebelum masuk wayang..kalau boleh janganlah makan banyak2..takot uolls termuntah plak.
Wa xpe..wa stedi jer mkn popcorn :p Sebabnya..ada byk sgt adegan daging bersepai ni yer harap maklum.
Dan penggunaan bahasa mencarut mmg ada beberapa kali didialogkan. So sgt xbagus la utk budak2 yg xabeh sekolah ni. Ho ler bdk zaman skrg ni nakal dy tu lain mcm sikit. So jgnlah bwk adik2 sepupu2 yg xcukup umo 18 lagi yer. Kalo awek plak jenih gedik2 mengada2 yg cintakan kelembutan dan filem2 cinta.. Makanya..citer ni xsesuai utk awek kesayangan anda tersebut. Dicadangkan pergi menonton dgn rakan2.
Sapa layan 4chan ka 9gag ka or yg seangkatan dengannya..aku rasa dialog mencarut tu biasa2 jer.. lawak la  bagi aku.. Contoh 1 dialog witch ni "Once upon a time in a shitty little village....." haaa mcm comel2 jer kan dialog ni xD ker aku syok sendiri

Aku nak tulis sinopsis penuh kat sini tp xmungkin sama dgn yg tgk sendiri. So pegilah tgk yer..ataupon download..kalo nak download tu better tunggu blu-ray ar pastu pasang speaker kuat2. Oh heaven ;A;
So any questions just leave ur comment oke. Thanx for reading ~(*O*~)

Sunday, 10 February 2013

Untuk Orang Bujang : Sup Ayam

Kuantiti lauk setelah siap dimasak ialah seperiuk..lebih separuh tp takda la penuh seperiuk tu.
Kalau ikut sukatan math 3/4 yer.
Periuk yg digunakan adalah seperti berikut (exactly like that)..so pandai2 la bajet berapa byk ayam nak guna.
Wan aku selalu potong ayam tu kecik2. Contohnya kalo peha ayam kfc tu dy potong 3 bahagian.
So adela dalam 13-15 bahagian. Mohon bayangkan. Kecikkan potongannya? Senang nak makan.
Periuk Google
Bahan-bahan

Kulit kayu manis, pelaga - (optional) dalam 3-4 ketol cukupla
A
Bawang kecil - 5ulas
Bawang putih - 3ulas
halia 3cm *dibuang kulit*   - (selepas dipotong2 size = 3ulas bwg kecik)


B
Sup bunjut atau kiub ayam (seketol)
Kentang sebijik - dah dipotong2 ikut suka


Ayam sudah semestinya. (ayam daging yer bkn ayam kampung) - basuh bersih2 guna air. Bukan sabun yer.

Cara nak masak

Bahan A dibasuh dan kemudian semua dilenyek pakai lesung batu. Xperlu sampai lumat mcm blender. Terlebih rajin pulak kalian ni yer.

Ambil secubit Bahan A yg telah dilenyek dan tumiskan di dalam periuk. (Minyak untuk tumis tak perlu banyak2..cukup sekadar untuk menumis bahan tadi..lebih kurang 1 sudu besar je la minyak tu yer). Terlebih pon tiada masalah. Jangan risau. Kalau ada kulit kayu manis dgn pelaga tu bolehla ditumis sekali.

Masukkan 2 cawan air.
Seterusnya masukkan ayam. Kemudian masukkan air lagi sehingga ayam tu acup. Acup tu maksudnya agak2 tenggelam la. Kalo suka kuah byk apa salahnya masukkan lebih air.

Then masukkan baki Bahan A yg telah dilenyek tadi, Kentang dan juga sup bunjut atau kiub ayam.
Biarkan mendidih. Kemudian boleh la rasa. Kalo tak cukup masin..boleh tambah garam 1 sudu kecil penuh yer. Kemudian kacau dan rasa lagi..kalau xcukup tambah la garam lagi. Jangan takut untuk letak garam yer.
Kalau termasin tambah la air kan senang.


Biarkan mendidih..api jgn besar sangat. Bila kentang dah empuk maksudnya dah masak la tu. Sementara tunggu kentang empuk..jgn lupa kacau sup kalian tu sekali sekala. Oke mcm mana nak taw kentang dah empuk? Ambil seketol kentang dlm periuk tadi dan letak atas piring. Cuba potong guna sudu, kalau mudah, elok, senang, lembut je haa molek sgt lah tu.


Selamat mencuba!

Untuk Orang Bujang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai org bujang terutama yg duduk kt hostel dan rumah sewa op koz la kena memasak kan. Nak jimat duit la katakan. Aku ad resepi yg mmg simple giler tp kesedapan terjamin!
Aku ni bukannya reti masak sangat pon tp memandangkan my granny dah tua so aku pon merajinkan diri membantu beliau di dapur. Bila dah selalu di dapur barulah sedar memasak ni xsusah pon sbenanya. Lagi2 bahan2 masak semua simple..ye lah kan org dulu2 taw je lah..campak ni campak tu dahh settle.

So entri ni khas utk orang yang baru nak mula belajar memasak. Jadi aku akan cerita details dari A sampai Z.
Percayalah..aku dulu mmg selalu cari resepi kt internet tp lepas tu xjadi buat sbb bahan xde dan xreti sukatan terutama garam. Depa suka ckp "secukup rasa" "secukup rasa" manalah aku nak tawww. Kang letak garam hujung sudu kecik pastu rasa pastu letak lagi pastu rasa sampai biler nak siap masak -__-

Lagi satu masalah orang yang nak mula belajar memasak ni..cepat lupa resepi!
Contohnya aku la..ye lah kan..dah duduk kolej. Kat kolej mmg x dibenarkan utk memasak..
Dah 2 bulan baru balik rumah..mmg xigtlaaa camna nak masak ye dakk.
So that's why aku buat entri ni..untuk aku dan untuk kalian juga. Semoga kita sama2 dapat manfaatnya :)

Yang penting cuba..cuba dan cuba. Kita belajar apa pun kena berguru. Bila dah cuba resepi2 yang bakal aku post nanti bolehla minta pandangan kawan2 yg reti memasak. Mana salah mintak mereka tolong betulkan. Kalau duduk rumah sewa ada pulak kawan yg rajin memasak..haa rajin2 lah tolong dia. Biasakan diri dengan dapur. Jujurnya..aku xreti pon siang ikan ayam sayur ni. Bukan geli tp mmg xreti. Kalau buat nasi goreng tu..isi ayam tu aku main potong jer lah asal bolehhh. Insya-Allah one day aku akan belajar siang menyiang dengan cara yang betul.

To be continue...

Thursday, 7 February 2013

Review: Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Oke so aku baru balik dr tgk citer Kak Limah 2 ni di hari pertama tayangan yer kawan2 hua3
Overall kepuasan dy sama mcm 2 citer sebelum ni.
Tp mungkin sebab aku tgk sorg2 jadi feeling aku sedeh sikit kot erkk

Haa HMJPT ni menceritakan sejarah Kampung Pisang ni yg terletak di Negeri Perak.
Kalau korang ad tgk trailer..ad character yg pakai topi pakai tongkat yg dilakonkan Rashidi Ishak.
Nama character ni Dr Samsudin.
Asal ada title Dr jer penduduk Kg Pisang ni semua percaya ckp beliau. Typical Malaysian right?
Ni la yg nak ditonjolkan Mamat Khalid gamaknya..org kita ni terlalu mudah percaya ckp org yg berpelajaran..berpelajaran xsemestinya baik. Hint ni hint..kalau xkesah dgn spoiler ni teruskanlah membaca yer.

Johan a.k.a Abi xde dlm citer ni so xdptla korang nk tgk Juara MaharajaLawak Mega 2012 tu kanzz.
So ad la budak baru ni nama Danish dok bonceng motor si Usop Wilca..haa xdak wilca2 dah. Dy bwk motor lo ni..punchline baru Usop ialah "kan Danish kan3?" Bdk tu muka mcm Ery Putra siyes sejibik tp dy seketol dua jer dialog and and suara dy errr korang tgk la sendiri nnt yer.

Ezlynn a..k.a Mon (dibaca Mun) hantu dlm citer ni TAPI Mon anak Pak Abu (Arwah Zami Ismail) ni hidup lagi jd cikgu kt mana tah so dy xd kt Kg Pisang. Ayu yg dah mati and dy yg menyamar jadi Mon. Motif nak menyamar? mula2 aku xpasti kenapa tp aku rasa sbb si Husin ni suka kt Mun so dy jadi Mun supaya Husin ni ikot dy..senang nak culik la gitu. Konpius ker? haha ad aku kesah..

Dari awal citer ni Husin mcm ad masalah jer. Mcm serabut jer..pastu sng tacing ngn org kampung.
Aku igtkan apa yg berlaku akn merungkaikan masalah yg dihadapi Husin tp xd plak..
Jadi kiranya aku xpuas hati la sbb mcm xdpt nak selami perasaan Husin tu.
Dan aku xsuka Jin pakai toncit tu..entah la..mcm xkena...
Senang citer..bagi aku ending dy xmantap. Sbb aku dah bg high expectation mesti lebih best dari 2 citer sebelum ni..tp xmencapai tahap yg aku bayangkan.

Dah lerr aku masuk wayang 12.20 pm pukol 1 baru start woi. Dengan xd iklan pastu gamba bergoyang 10minit pertama..aku pening! Gamba bergoyang tu aku xtaw mmg mcm tu atau salah cinema tempat aku ni.
Tapi tu sume dah bikin spoil sikit mood aku yer.

The End

Monday, 4 February 2013

Istanbul From My View

Aku baruuu jer tgk citer Istanbul Aku Datang pepagi tadi kol 8.
Yep aku kalau citer melayu ni aku skeptikal sikit. Tak suka tgk kt panggung wayang. Haha
Disebabkan aku xpnh tgk trailer, review etc pasal citer ni so aku mmg clueless.
Aku x expect pape. (Walaupun masa baru start tgk..abang aku dah kacau line "nnt dy kawen ngn beto" aaah yeahh thanx a lot brothaa -_-" )

So yg bestnye bila aku xtaw pape pasal citer ni. Ad byk elemen surprise yg aku dpt.
Contohnya..xsangka Dian akn jd housemate Harris. And and and Meowss!!
Yeahh awal2 citer ni kan byk tunjuk kucing which is very the Istanbul okee.

Memang Istanbul byk kucings. Gemok2 comel2 cantik2 lak tu.
Yg menariknya..depa stray cats je ponn tp gemoks.
Masa aku transit kt sana nak balik Malaysia..landing kat sana from Negara X sampai pukol 2 petang kalau xsalah. Lepas check in hotel (lokasi xsesuai hotel ni..bau longkang -_- ) mandi2 sume then keluar jalan.
Tak sure kebetulan ada teksi kt depan hotel or mama aku suh receptionist yg kol. X ingat.
Tapi taxi driver ni baik..dy tgk kitorang dah sah2 tourist so dy offer nak bawak jalan.
(Mcm lisa surihani ngn lelaki turki yg tolong dy angkut beg tu) Eh kejap, tp taxi driver ni middle age and fat hehe.
After bincang2 payment so kitorang pon pg la lokasi pertama iaitu The Grand Bazaar. Jyeahh
Dlm ni aku beli 2 selendang yg chantekk sgt okee. Tp satu tu aku xpenah pakai sbb aku mmg xreti pakai selendang haha saja gedik nak beli. Yg lagi satu tu jenis crumple so kalo aku pki xkemas pon org xperasan :p
Dlm tu parent aku sebok dok pilih2 tshirt nk bwk balik tuk family. Aku plak dok usha anak sedara tuan kedai tu haha jambu siottt umur mcm sebaya aku jek. Lama gak kt situ pastu tetiba bdk jambu Turki tu bagi aku kerusi "for u Miss" aku terkesima kejap pastu aku ckp thank you sambil blushing2 huahuahua dy pon mcm malu2 jer..ecehhh xD

Ok pas dah rayau2 dlm tu masa kt luar bangunan tu ramai la org jual2 ada yg panggil2 beli ada yg tny dari mana..bila ckp Malaysia jer dan2 diorang ckp Bahasa Melayu weh! "Murah2" "Malaysia Boleh Boleh" haha yg ni mmg xley blah. Comel2 jer diorang ni ckp melayu. Mmg org Turki peramah ar sama mcm yg ditonjolkan dlm citer IAD tu. Pengarah dy mmg betol2 buat homework.

Then kitorang pg tu haa Blue Mosque ngn Hagia Sophia (dibaca aya sophia) berdepan je pon bangunan ni.
Dian kawen ngn Beto berlatarbelakangkan aya sophia ni la. Aya Sophia ni dah jd museum. Aku pon xtaw knp bkn Blue Mosque yg ditonjolkan padahal BM tu la 1st main attraction. From here kitorang berjalan kaki sahaja merayau2 and masa ni la aku jumpa kucen2 gemoks tu. Mula2 nampak kat park pastu nampak lak ad kucen ni ada collar kt leher dy tgh berdiri (duduk cara kucen) kt depan sebuah kedai mcm tunggu customer. Siyes gemok giler and comel giler! Aku nak amek gamba tp malu sbb kucen ni tuan kedai tu punya la kot. Lagipun lalu jer xsinggah pon kt situ. Pastu kt depan Blue Mosque ad kucen oren  corak mcm cheetah oke diulangi cheetah! rare giler design...tgh tido atas kusi. Kesimpulannya, kt Turki ni kucen mmg ada dimana2 lah. Sebelum balik..our tourist guide a.k.a the taxi driver tu blanja aku 3 keping postcards. Sweet!

Besok tengah hari kitorang pon bertolak balik Malaysia..flight ke Malaysia memakan masa 6jam.
Masa tu sampai  sebelom subuh..org tgh sahur time tu. Gembira oke dah touchdown teros aku msg membe2 huhu. Kol 7 ad org pick pastu teros g beli baju raya sbb lusa tu raya dah woi! Letih jgn citer ar aku beli selai je baju raya haha

The End.

P/S sapa belum tgk IAD pg la tgk..best :) mmg rasa mcm kt Turki. Breezy sbb Istanbul tepi laut. Eh comel giler baju2 lisa dlm citer tu! Tp that's not how i dress up..so xbleh try..heu3

Tak Perlu Jadi Orang Seni

Apa itu seni?
Yer anda boleh google sendiri yer. terima kasih.
Orang yg berjiwa seni dikatakan menggunakan otak kanan lebih daripada otak kiri.
Orang sains..orang logika (bukan loji) pula lebih menggunakan otak kiri.

So?
Fokus aku disini ialah..
Walau kita org sains..
Walau kita "fail" pendidikan seni..
Itu semua bukan penghalang.
Bukan penghalang..
Untuk kita mendalami erti sesebuah puisi.

*kejap*
Eh betul la kan penjodoh bilangan puisi = "buah" ?
kan? kan? kan? errr

Fynn Jamal
Walau aku tidak cukup mengenali insan ini.
Tapi..
Setiap bait2 status fb nya yg begitu puitis
Menusuk hati kecilku.
Mungkinkah?
Mungkinkah beliau sumber inspirasi yg ku cari?

Kalau korang ada baca la 1st ngn 2nd entry aku..
Aku dlm perjalanan ni..
Perjalanan mengenal diri
Takpa aih..baca header pon taw dah kot heee

P/S lepas baca puisi fynn memang ayat aku pon tetiba nk puitis kannzz. Btw buku "Puisi Tepi Jalan" karya fynn sedang berada di pasaran skrg. Boleh order online tgk fb Puisi Tepi Jalan. Aku pon baru nk order besok. Insya-Allah :)