Kalau ikut sukatan math 3/4 yer.
Periuk yg digunakan adalah seperti berikut (exactly like that)..so pandai2 la bajet berapa byk ayam nak guna.
Wan aku selalu potong ayam tu kecik2. Contohnya kalo peha ayam kfc tu dy potong 3 bahagian.
So adela dalam 13-15 bahagian. Mohon bayangkan. Kecikkan potongannya? Senang nak makan.
![]() |
Periuk Google |
Kulit kayu manis, pelaga - (optional) dalam 3-4 ketol cukupla
A
Bawang kecil - 5ulas
Bawang putih - 3ulas
halia 3cm *dibuang kulit* - (selepas dipotong2 size = 3ulas bwg kecik)
B
Sup bunjut atau kiub ayam (seketol)
Kentang sebijik - dah dipotong2 ikut suka
Ayam sudah semestinya. (ayam daging yer bkn ayam kampung) - basuh bersih2 guna air. Bukan sabun yer.
Cara nak masak
Bahan A dibasuh dan kemudian semua dilenyek pakai lesung batu. Xperlu sampai lumat mcm blender. Terlebih rajin pulak kalian ni yer.
Ambil secubit Bahan A yg telah dilenyek dan tumiskan di dalam periuk. (Minyak untuk tumis tak perlu banyak2..cukup sekadar untuk menumis bahan tadi..lebih kurang 1 sudu besar je la minyak tu yer). Terlebih pon tiada masalah. Jangan risau. Kalau ada kulit kayu manis dgn pelaga tu bolehla ditumis sekali.
Masukkan 2 cawan air.
Seterusnya masukkan ayam. Kemudian masukkan air lagi sehingga ayam tu acup. Acup tu maksudnya agak2 tenggelam la. Kalo suka kuah byk apa salahnya masukkan lebih air.
Then masukkan baki Bahan A yg telah dilenyek tadi, Kentang dan juga sup bunjut atau kiub ayam.
Biarkan mendidih. Kemudian boleh la rasa. Kalo tak cukup masin..boleh tambah garam 1 sudu kecil penuh yer. Kemudian kacau dan rasa lagi..kalau xcukup tambah la garam lagi. Jangan takut untuk letak garam yer.
Kalau termasin tambah la air kan senang.
Biarkan mendidih..api jgn besar sangat. Bila kentang dah empuk maksudnya dah masak la tu. Sementara tunggu kentang empuk..jgn lupa kacau sup kalian tu sekali sekala. Oke mcm mana nak taw kentang dah empuk? Ambil seketol kentang dlm periuk tadi dan letak atas piring. Cuba potong guna sudu, kalau mudah, elok, senang, lembut je haa molek sgt lah tu.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment